Saturday, 19 May 2012

Itu Saya :')



Hello Hey ?

Readd Downn :)




.......

...













Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


Eja cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang . Eja cuba untuk menggembirakan hati semua orang . Eja cuba untuk menenangkan hati semua orang ..

Taapii ternyata eja silap ..
Ada orang yang mempergunakan kebaikan eja :( . Ada orang yang mengambil kesempatan keatas kebaikan eja . 

Tapi kenapa ? Apa salah eja ? Apa dosa eja sampai dia buat eja macam ni :'( ? Adakah sebab kesempitan hidup membuatkan dia bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa mementingkan perasaan orang lain ? Atau sebab desakan wang membuatkan dia lupa bahawa ada orang yang dulunye sentiasa mendoakan kejayaan dia ? Sampai hati dia :(( 

Nak buat camne kan  ini realiti kehidupan .. Tak namanyee manusia kalau tak berubah . Tak kira la dari jahat ke baik ataupun dari baik ke jahat .. Tak namanye manusia la kalau takde sifat iri hati ataupun cemburu terhadap kejayaan orang lain . Kan ?



Eja membina apa yang eja ada sekarang bukannya senang. Eja dah puas  jatuh tersungkur , puas dah kena hempap tangga , puas dah lemas dek lautan dalam , puas dah sesat dek hutan tebal . Eja jadikan semuanya sebagai tali , pelampung , dan jambatan untuk eja berjaya .


Atas usaha dan inisiatif sendiri , atas berkat doa yang tak pernah jem , atas redha dan tawakal yang tak pernah kenal penat .. Eja merangkak , berjalan dan berlari untuk capai apa yang eja inginkan ..

Eja takkan membina istana emas atas penderitaan orang lain .
Masih ada lagi sifat naluri kemanusiaan dalam diri  .
Mungkin keturunan eja bukan dari keturunan yang jahat , tak pun didikan yang cukup dari keluarga eja membuatkan eja sebegini . Paling kurang pun eja sendiri sedar bahawa tak elok untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain .

Soryy Sangat-2 sekiranya eja bersalah . Maybe ada keburukan eja juga yang ANDA tak mampu luahkan . Tapi kita boleh berbincang kan ?

Thursday, 10 May 2012

Itu Bukan Awakk :(


Hello Hey ?


Heyy guyss :(  I want to tell you about my friend B****  . Act , bukan nak mengata kat dia but nak crita sedikit tentang dia . Okehh . Eja mulakan dulue ea . Ehem-3 , test-3 . HAHA .

Sebenarnya kan , eja taktahu nak crita mende pasal dia . Sbb bagi eja dia kawan yang terbaik , dia takpernah kecewakan eja . Tapi eja taktahu nape tiba-2 ' she changed ' . Why honeyy ? Apa salah eja ? If eja ada betol-2 ada salah , eja mintakmaaf . Eja taktahu nak bgitahu macamana lagehh . Eja buntu .    Kalau nak tahu , dimana eja ada disitu ada dia . But now ? She have a new friends , she leave me alone . I lonely :(  . Eja takmo cakap banyak-2 dah . Cukop setakat nei ja lhaa :/



Anyway , Seminggu lepas tuh , kitorang  berbaik semula but dia betol-2 dah berubahh . Kitorang dah tak macam dluh lagi , nak sembang pom malu-2 macam first time kenal . HAHA . To pun mujur bertegurr if tak langsung ? Dunnknow lha tuhh . 
Yang eja tahu Tuhan sengaja uji kita :/  So , eja  serahkan segalanya pada yang berhakk Mengetahui :)

Monday, 23 April 2012

For You ;)


Hey :)

" Pada eja ,
biar dia salah sangka ,
biar dia salah anggap ,
biar dia salah menduga ,
biar dia tahu yang buruk ,
sebelum mengharap yang baik-baik .

Kalau dia ikhlas ,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada ,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna .
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan ?
Biar dia tahu eja tak pandai itu , eja tak pandai ini .
Biar dia tahu , eja mungkin tak dapat memenuhi apa yang dia nak .
Biar dia tahu , eja pernah punya masa lalu , namun eja masih punya masa hadapan .
Biar dia tahu . Biar dia buat keputusan .
Supaya dia tak rasa tertipu , supaya dia tak menyesal kelak . ”


"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." -Trust Him as He knows the best for us :)

Kalau dia pandai membaca , eja harap dia boleh baca dan faham apa yang eja tuliss nehh . HaveFunDear ;D

Sunday, 22 April 2012

Dia Maha Mengetahui :D



Hello , Hey ? 

Kita sering merasakan bahawa apa yang kita mahukan dalam kehidupan sering tidak Allah makbulkan . Sedangkan , kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya . Semestinya , kita harus memahami satu perkara ;






Apabila Allah cepat memakbulkan doamu , maka Dia menyayangimu .

Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(al-Baqarah:186)



Apabila Dia lambat memakbulkan doamu , Dia ingin mengujimu .

Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."



Apabila Dia tidak memakbulkan doamu , maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu .

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


Kita harus benar-benar memahami tentang perancangan Allah .





Terkadang kita merajuk sebagai tanda protes . Entah kepada siapa . Tapi cukup untuk meluahkan perasaan ketidakpuashatian . Pada Allah mungkin . Serba-serbi kekurangan diri sukar untuk kita terima . Segala musibah dan ujian lansung kita pandang negatif walhal terselit seribu hikmah yang tidak terduga . Kita cenderung untuk berfikiran negatif dari berfikiran positif . 

Bila kita fikir , Allah tak makbulkan doa kita , cepat-cepat kita merajuk . Cepat-cepat kita berpaling tadah , sedangkan kita punya secebis kepercayaan kepada Dia sebagai penyusun takdir . Kita terlupa , kita hanyalah seorang hamba yang sememangnya layak diuji . Apa yang kita pandang baik tidak semestinya terbaik buat diri kita , apa yang kita pandang buruk tidak semestinya terburuk buat diri kita  . Kita tahu hakikat ini tapi sukar untuk kita yakini . 



Yakinlah dengan hikmah Allah . Yakinlah dengan semua janji-janjiNya . Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik . Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah . Kita sememangnya layak diuji ! 

Friday, 20 January 2012

Homework --'


Hello Hey ?

Hello Guys ? Amacam sekola ? Okeyy an ? Mestii seronok dapat jumpa kawan-2 balek . Tapi seronok-2 pun pelajaran jangan tinggal ea . Kebanyakkan orang , nak pegi sekolah bukan nak study , tapi nak jumpa kawan , pakwe/makwe and  so on . Haha , lawak betoll . Kadang-2 best jugak an ? Eja just tengok orang-2 sekeliling eja je . Tak pernah buadd pom . Eja tak tipu tau . Hehe . Sekadar teman kawan eja tu ada a . Ngeh-3 . Mengada .

Bercakap tentang sekolah nie . Tentu cikgu-2 dah bagi homework kan ? Lebih-2 lagi time cuti hujungg minggu . Kadang-2 Sumpahh malas nak buadd . Kalau tak buad kena marah-2 , tak pasal-2 kena ' out of the class ' , PadanMuka ! Btw , eja dah form 3 skrang neh , hari-2 busy dengan homework :( RIMAS ! Stresssss ? Ofcourse lha . Bulan depan dah nak start tuuusssyyyeeemmm . Ohnooo ! Tapi an , untukk kebaikan eja jugak :) hehe . Penat pom penat lha , asalkan eja bole dapatkan 8A PMR nanti >.<  YEAHH ! GoodLuckForMe ;) LOvEyOu <3

Friday, 6 January 2012

Tentang Bulan :)


Hello Hey ?

Ouhshitt ! Bulan malam nie cantikk sangatt :(  Terharu dibuadnya . Bila tengok bulan terbayang wajah ..... Ohno ! Tidak-3 ! Tapi an , bila difikirkan balek . Hebat kan Allah ? Korang boleh buad ? Tentu tidak . Ya  Allah ! Saya jatuh cinta pada bulan --' Kalau lah bulan boleh bercakap , boleh mendengar , boleh merasa , dah tentu eja bagitahu Bulan yangg eja jatuh cinta pada dia . Tapi sayangg , bulan bukan seperti yang eja fikirkan . Dah angau dah eja neh . Haha . Kalau boleh eja nak sangat pegi dekat bulan . Nak peluk kuad-2 . Hehe ( gediks ) Sebenarnya kan , eja taktahu nak cerita mende .  So ? Eja mengarut malam-2 buta nie sorang-2 . Haha . You mean eja crazy right ? Yeah ! Crazy sebab tengok bulann :) Thanks sebab baca cerita bongok eja neh . Lobyouu lha :*