Assalamualaikum :)
5
Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Seorang Wanita Menangis J
Sememangnya
Kaum Wanita cenderung lebih emosional dalam menghadapi masalah berbanding
dengan kaum lelaki hinggakan mereka amat mudah menitiskan airmata . Kadangkala
wanita menangis kerana masalah kecil atau tersedu-sedu akibat sesuatu yang
membuat dirinya rasa tertekan . Kebanyakkan lelaki sering melakukan kesilapan
ketika berusaha menenangkan dan cuka memujuk wanita yang sedang SEDIH malahan
kadangkala membuat wanita semakin marah dan tangisan lebih menjadi-jadiiii ……
Sebagai
sedikit panduan , bila-bila masa anda cuba memujuk wanita yang menangis ,
elakkan dari mengatakan LIMA hal yang berikut kepadanya :D
1.‘ Cukuplah
tuu , lupakan saja ‘
- Kata-2
seperti ini adalah perkataan paling kejam yang tidak seharusnya dilontarkan
pada wanita saat dia sedang menangis . Wanita tidak perlu diberitahu bila
masanya dia harus melupakan kesedihannya . Setiap orang mengatasi
kesedihan dan rasa dukanya dengan cara berbeza . Ada yang mampu dengan cepat
melupakan masalah , tapi ada juga yang hanya dapat melupakannya setelah
berminggu-minggu atau berbulan-bulan . Lambat ataupun cepat , rasa sedih itu
pun akan beransur-ansur hilang . Mengeluarkan kata-kata sebegini hanya akan
membuatnya kesal dan tentunya akan lebih sukar rasa sedihnya hilang .
2. ‘
Masalahnya tak seteruk mana pun . Takkan lah sampai menangis ‘
- Bila-2 pun
wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang sangat teruk yang
menimpanya saat itu . Walaupun mugkin masalh remeh dimata lelaki atau orang
lain , kiranya wanita sampai menangis pastilah kerana ada hal atau kejadian
yang tidak menyenangkan . Dengan mengatakan yang masalahnya tidak terlalu teruk
akan terkesan seperti meremehkan , padahal mungkin itu adalah hal yang
sangat penting baginya J
3.‘
Dah la tu , saya faham perasaan awak ‘
- Hakikatnya
, tidak ada siapa yang benar- benar tahu apa yang dirasakan oleh
seseorang wanita saat dia menangis . Kata- kata sebegini memang boleh
menunjukkan rasa simpati , tetapi ianya sebenarnya akan terkesan ‘palsu’ pada
wanita apatah lagi jika ia diucapkan oleh lelaki yang telah menyakiti hatinya .
Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau merangkulnya lebih berkesan untuk
membuat perasaan wanita lebih tenang dan baik .
4. ‘ Oitt !
Period ya ? ’
- Perasaan
wanita sememangnya jadi lebih sensitive dan sentimental ketika period ,
tetapi bukan lah beerti wanita dapat menerima jika dikatakan seperti itu saat
sedang menangis . Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan
cara gurauan , tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan
gendernya sebagai seorang wanita . tentu dia akan merasa tangisannya
hanya dianggap remeh dan tidak beerti apa-apa .
5. ‘ Apa
menangis nie ? Tolonglahh , jangan lahh , tak elok ! ‘
- Melarang
wanita menangis saat dia sedang bersedih bukanlah satu idea yang baik . Cara
paling tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan
dia meluahkan perasaan sedihnya . Menyuruh agar berhenti menangis sama
seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil dan tangisan itu benar-benar
menganggu . Malah menyuruhnya berhenti menangis juga akan membuatnya merasakan
anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin
berlinang air mata . Cara terbaik menghadapi wanita menangis adalah dengan
membiarkannya hingga berhenti dan mendengar apa yang dikatakannya selepas
itu J
*Bacalah
wahai kaum Adam mahupun Hawa J . Kita cuma manusia yang lemah dan banyak
kekurangan . Jadi kalau ada masalah jangan malu , jangan segan untuk berkongsi
. Dan satu lagi , Allah swt bagi ujian bukan sebab Dia tak sayang kita ataupun
benci kita , tapi semakin banyak ujian dariNya . Itu tanda Dia sayang dekat
kita J . Percaya atau tidak Allah swt itu Maha Adil
lagi Maha Mengetahui J