Tuesday, 9 April 2013

Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Wanita :)



Assalamualaikum :)


5  Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Seorang Wanita Menangis  J

Sememangnya Kaum Wanita  cenderung lebih emosional dalam menghadapi masalah berbanding dengan kaum lelaki hinggakan mereka amat mudah menitiskan airmata . Kadangkala wanita menangis kerana masalah kecil atau tersedu-sedu akibat sesuatu yang membuat dirinya rasa tertekan . Kebanyakkan lelaki sering melakukan kesilapan ketika berusaha menenangkan dan cuka memujuk wanita yang sedang SEDIH malahan kadangkala membuat wanita semakin marah dan tangisan lebih menjadi-jadiiii ……
Sebagai sedikit panduan , bila-bila masa anda cuba memujuk wanita yang menangis , elakkan dari mengatakan LIMA hal yang berikut kepadanya :D

1.‘ Cukuplah tuu , lupakan saja ‘
- Kata-2 seperti ini adalah perkataan paling kejam yang tidak seharusnya dilontarkan pada wanita saat dia sedang menangis . Wanita tidak perlu diberitahu bila masanya dia harus melupakan kesedihannya . Setiap orang  mengatasi kesedihan dan rasa dukanya dengan cara berbeza . Ada yang mampu dengan cepat melupakan masalah , tapi ada juga yang hanya dapat melupakannya setelah berminggu-minggu atau berbulan-bulan . Lambat ataupun cepat , rasa sedih itu pun akan beransur-ansur hilang . Mengeluarkan kata-kata sebegini hanya akan membuatnya kesal dan tentunya akan lebih sukar rasa sedihnya hilang .

2. ‘ Masalahnya tak seteruk mana pun . Takkan lah sampai menangis ‘
- Bila-2 pun wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang sangat teruk yang menimpanya saat itu . Walaupun mugkin masalh remeh dimata lelaki atau orang lain , kiranya wanita sampai menangis pastilah kerana ada hal atau kejadian yang tidak menyenangkan . Dengan mengatakan yang masalahnya tidak terlalu teruk akan terkesan seperti meremehkan , padahal mungkin  itu adalah hal yang sangat penting baginya J

3.‘  Dah la tu , saya faham perasaan awak ‘
- Hakikatnya  , tidak ada siapa yang benar- benar  tahu apa yang dirasakan oleh seseorang wanita saat dia menangis . Kata- kata sebegini  memang boleh menunjukkan rasa simpati , tetapi ianya sebenarnya akan terkesan ‘palsu’ pada wanita apatah lagi jika ia diucapkan oleh lelaki yang telah menyakiti hatinya . Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau merangkulnya lebih berkesan untuk membuat perasaan wanita lebih tenang dan baik .

4. ‘ Oitt ! Period ya ? ’
- Perasaan wanita sememangnya jadi lebih  sensitive dan sentimental ketika period , tetapi bukan lah beerti wanita dapat menerima jika dikatakan seperti itu saat sedang  menangis . Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan cara gurauan , tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan gendernya  sebagai seorang wanita . tentu dia akan merasa tangisannya hanya dianggap remeh dan tidak beerti apa-apa .

5. ‘ Apa menangis nie ? Tolonglahh , jangan lahh , tak elok ! ‘
- Melarang wanita menangis saat dia sedang bersedih bukanlah satu idea yang baik . Cara paling tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan dia meluahkan perasaan sedihnya .  Menyuruh agar berhenti menangis sama seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil dan tangisan itu benar-benar menganggu . Malah menyuruhnya berhenti menangis juga akan membuatnya merasakan anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin berlinang air mata . Cara terbaik menghadapi wanita menangis adalah dengan membiarkannya hingga berhenti dan mendengar  apa yang dikatakannya selepas itu J


*Bacalah wahai kaum Adam mahupun Hawa J . Kita cuma manusia yang  lemah dan banyak kekurangan . Jadi kalau ada masalah jangan malu , jangan segan untuk berkongsi . Dan satu lagi , Allah swt bagi ujian bukan sebab Dia tak sayang kita ataupun benci kita , tapi semakin banyak ujian dariNya . Itu tanda Dia sayang dekat kita J . Percaya atau tidak Allah swt itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui J









No comments:

Post a Comment